Panduan Permohonan Visa Umrah Dan Ziarah

Syarat-syarat Terkini Permohonan Visa Umrah Dan Ziarah

  • Wanita di bawah 45 tahun dan lelaki di bawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 18 tahun ke atas. (Yang telah mencapai umur 18 tahun semasa permohonan visa).
  • Jemaah perempuan di bawah umur 15 tahun & jemaah lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.
  • Visa WOMEN GROUP hanya boleh untuk jemaah berumur 45 tahun ke atas. (Yang telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan visa).
  • Surcaj Visa SR2000 – Bagi jemaah yang telah pergi dalam tahun hijrah yang sama atau tahun sebelum.
  • Letter of Consent – Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung).
  • Sebarang perubahan dokumen adalah tertakluk kepada kemaskini terbaru oleh Kedutaan Arab Saudi (Saudi Embassy) dari masa ke semasa.

Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki / datuk / bapa saudara / bapa tiri.

  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
  • Letter of Consent dari bapa kandung / suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki / Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri di depan Pesuruhjaya Sumpah (Muslim sahaja) berdekatan.
  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

Letter Of Consent

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis.

  • Paspot Original (7 bulan dari tarikh balik penerbangan) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang) 75 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa) diisi di lampiran Borang Pendaftaran Baitulmaqdis.
  • Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.
  • 2 keping gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru ukuran 3cm x 5cm.
  • Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani.

Borang Visa Ke Jerusalem

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Semakan Status Kawalan Imigresen

  • Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.
  • Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia: http://sspi2.imi.gov.my/
  • Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
  • Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.